Wednesday, August 26, 2009

bilik dan teman

saya telah di tempatkan di bilik 220 kolej Taming Sari
kedudukannya amat strategik kerana berdekatan dengan tangga, ampaian dan bilik air.
bilik saya terletak di wing yang bernama Wing 2A.
ada yang mengatakan bahawa bilik air wing ni paling bersih untuk semester yang lepas-lepas kot.
dan ianya nyata terbukti berdasarkan pernilaian individu oleh saya sendiri HAHA

seramai 4 orang yang agak berkarisma telah dipilih untuk tinggal di bilik 220
mereka terdiri daripada saya, abang mun iaitu budak part 1 yang nakal dan 2 org part 3
2 abang part 3 ni bernama shahradzi dan shahrizal
walaupun baru kenal tapi kami sangat terbuka

bilik kami sangat kemas sekali untuk hari PERTAMA saja
lepas tu macam macam artifak bersepah di setiap sudut bilik ini
setakat lumut,milo basi,maggee tengik, semua tu biasa la haha
bukan setakat tu saja malah ada kegiatan seni dan warisan yang ada kat bilik ni
banyak juga kenyataan dan notis yang diwariskan kepada kami oleh bekas tuan punya bilik.

baiklah,berbalik kepada wing 2A
sebanyak 9 bilik yang ada di sepanjang wing ni termasuklah bilik air
wing kami pendek saja kalau nak dibandingkan dengan wing B dengan C
so,nak kenal dengan budak-budak wing pun agak senang sebab sikit je kot hehe
semua ahli wing agak senang untuk bergaul la kan sebab mereka semua sempoi
tapi ada juga yang jarang la nak sembang sembang
maybe mereka busy kot,tak apa la kan

semua dalam bilik ini minat bola la kan
semua manchester united tapi ada sorang pulak spoil
budak ni je sorang liverpool
budak tu namanya abang mun
dia tak habis habis nak debate dengan lagi tiga orang manutd fans
dah la liverpool loser,tangan kosong tiap2 season
tapi kitorg malas nak layan la kan
dah loser buat apa nak lawan
nanti dia dah tak ada point dia senyap la tu kan

lagi satu aktiviti yang kitorang suka buat adalah main PES
PES ataupun pro evolution soccer adalah salah satu hobi kami
memang la seronok kan main ramai2 tapi yang menjadi mangsa ialah notebook saya haha
tapi tak mengapa la sebab kami nak buat apa lagi kan haha
yang seronok nya lagi sebab kami ada lcd screen yang memuaskan hati ketika bermain PES
gomo ataupun shahradzi selalu la menang dengan shahrizal iaitu tokin
walaupun begitu tokin tetap juara dunia
dalam hal ini saya pun tidak berapa nak faham la heh
selain kami ada lagi sorang budak ni yang kerap juga datang kat bilik ni sebab nak main PES
nama nya poster,dia hanya menggunakan team chelsea sahaja

saya rasa sampai sini jela kot
nak tido laa,esok kelas pukul 8 haha
nanti saya sambung lagi ok :)




Monday, August 24, 2009

holiday






akhirnya.cuti semester!!.eh,x smpai 1 bulan belajar da cuti?itula pasal
.ni mesti kes serangan babi mexico ke uitm seluruh negara.
kalau kite tengok balek,awat die byk serang uitm je?jawapannya sebab,uitm ade banyak la bang.memang best la bile cakap psal cuti nie.ye lah,x yah pening pale nk blaja,kejar mase dan laen2.tapi,cakap pasal cuti nie,x best pon ade.

banyak gune duit nk enjoy.x de duit x leh enjoy.pstu bile asek buat benda same je,rase bosan.cm nak suh je uitm tu bukak balek.adeyh.pelik sungguh.tapi ini semua normal.naluri manusia.
erm,kalo sekarang cuti sem,time sepatutnya cuti sem tuh kompem kelas.kompem balek raya sekejap je.
apabila raya sekejap,kompem poket x penuh ngan duit raya.gile x syok.duit raya tuh cm scholar kot bg saya.
so kesimpulannya,scholar saya tahun ni x banyak la(xda pun).
macam untuk makan minum seminggu je.

tidurlah sayang

hampir setiap hari saya tidur agak lambat sekali
saya tidak tahu menahu mengapa saya menjadi begini
someone tolong lah saya,please..

ramai orang kata muka saya kelihatan cengkung
saya hisap dadah ke hah?
saya hisap gam ke?
ish ish ishh
ni semua sebab tidur lambat

saya tidak berapa pasti kenapa saya mengamalkan tabiat tidur lambat
mungkin saya banyak assignment kot,HAHAHA
kelas setiap hari bermula pukul 8
agak liat untuk bangun,susah susah
teman bilik selalu kejut saya pada jam 7.50 pagi
adakah itu impossible bagi saya yang ada kelas pukul 8?
saya rasa tidak possible dan itulah sebabnya saya selalu lambat masuk ke kelas
hampir setiap kelas muka saya dan kadang-kadang zarep pun join sekali
kesian dia,tapi itulah namanya berkorban untuk kawan-kawan (kawan sejatilah tu) :)

masalah teman bilik yang selalu kejut di hujung tanduk juga kurang memuaskan hati saya
mentang-mentang mereka tiada kelas pagi,tidak mengapa heh
mereka terdiri daripada budak yang bernama mun,gomo dan tokin
mereka memang sengaja untuk mengena kan saya
setiap pagi mereka berkata

tokin : aci,kau kelas pukul 8 kan,bangunlahh!
saya : alaaaa,pukul berapa dah?
tokin : dah pukul 7.50 dah laa
saya : halamak,jap lagi laaa
tokin : jangan camni la aci,tak baik escape kelas,nanti markah sikit
saya : yelaaa (tarik selimut,tutup mata)
gomo:laaa,bangun la acii

pastu datang la zarep ke bilik saya

zarep : wey,baru bangun ke?
saya : yelaa,tunggu aku jap eh,mandi jap,kejap jeee
zarep : laa,cepat ah sket,dah pukul 8 kau tau tak? haisshh
saya : yela yela,saya mandi kejap je

setelah siap mandi dan memakai baju yang sesuai,mun terbangun

mun : ai,nak gi mana aci?
saya : diam ah kau
mun : hahahaha,apa barang kelas,tido ahhhh
saya : (buat muka kerek menyampah)

begitulah setiap pagi rasanya
banyak sangat dugaan yang harus dilalui
tetapi,saya tetap ke kelas walaupun lambat
sory ye lecturer sekalian hee
tetapi saya berazam untuk bangun awal
JANJI! =)


heh heh heh

batch of 48 dalam kenangan


Kini kita sudah tidak lagi bersama..
semuanya akan membawa haluan masing2..
ada yg akan ke luar negara mendapat tajaan , tahniah kami ucapkan!
yg lainnya akan meneruskan kehidupan di ipt2 di seluruh negara , selamat berjaya kami ucapkan!


Lepas ini bila dah ada kawan baru , kawan lama jangan pula dilupakan
sekali sekala hantar lah sms ataupun komen di myspace
bertanyakan kabar dan berita , bertukar-tukar cerita
jangan jadi kacang lupakan kulit!


Mencari kawan baru bukannya mudah..
tambah2 mencari kawan yg bukan makan kawan
bukan semua org baik , dan bukan semuanya jahat..
pilihan kena tepat..silap pilihan menyesal tiada gunanya!


Bila dah berjaya kelak , jangan dilupakan rakan2 yg lain
jangan kita jadi riak , sebab mungkin esok kita akan teriak
jangan kita sombong , sebab kita hanya si kerdil di muka bumi yg maha kuasa
hari ini mungkin hari kita tapi esok lusa?


Takkan melayu hilang di dunia..
kelak bila kita jadi pemimpin , xkira kerajaan atau pembangkang
melayu mesti diperjuangkan , Islam mesti ditegakkan
hari ni najib kata 1malaysia , mungkin esok anwar kata malaysian malaysia


mungkin dulu2 cikgu2 selalu kata mcm2 dekat kita
tetapi biarlah esok lusa cikgu akan terbeliak biji mata
nak tengok kita pun tersipu-sapa
tapi ingat jasa guru yg mendidik kita jangan dilupa!


apa jua bidang yg akan kita ceburi selepas ini..
jadilah yang terbaik dan capailah yang tertinggi!!
semoga Allah sentiasa bersama kita
amin .



Sunday, August 16, 2009

Firstly

Julai 09, telah mendapat tawaran belajar di uitm segamat
sangat gembira,alhamdulillah =)

Minggu pertama amat memenatkan,
tidak mandi satu hari, banyak sangat aktiviti yang merepek
badan masing-masing bau umphhh
tapi seronok la masa dah nak habis tu
rasa nak lagi minggu mms tu

next week tu dah masuk kelas
kaum lelaki hanya suku daripada keseluruhan kelas
mana lelaki pergi?

dapat jumpa kawan baru
semuanya ok laaaaaa
seronok juga haha
minggu pertama tak ada apa-apa sangat
borak-borak saja

saya duduk di kolej taming sari
ahli bilik semuanya baik belaka
budak-budak wing pun ok
semua ok laa

conclusion,best la segamat!




Sunday, August 2, 2009

hmmmm

assalamualaikum,

i'm ahmad faris bin abd gani
young and wasted
nice to know you =)