Wednesday, August 26, 2009

bilik dan teman

saya telah di tempatkan di bilik 220 kolej Taming Sari
kedudukannya amat strategik kerana berdekatan dengan tangga, ampaian dan bilik air.
bilik saya terletak di wing yang bernama Wing 2A.
ada yang mengatakan bahawa bilik air wing ni paling bersih untuk semester yang lepas-lepas kot.
dan ianya nyata terbukti berdasarkan pernilaian individu oleh saya sendiri HAHA

seramai 4 orang yang agak berkarisma telah dipilih untuk tinggal di bilik 220
mereka terdiri daripada saya, abang mun iaitu budak part 1 yang nakal dan 2 org part 3
2 abang part 3 ni bernama shahradzi dan shahrizal
walaupun baru kenal tapi kami sangat terbuka

bilik kami sangat kemas sekali untuk hari PERTAMA saja
lepas tu macam macam artifak bersepah di setiap sudut bilik ini
setakat lumut,milo basi,maggee tengik, semua tu biasa la haha
bukan setakat tu saja malah ada kegiatan seni dan warisan yang ada kat bilik ni
banyak juga kenyataan dan notis yang diwariskan kepada kami oleh bekas tuan punya bilik.

baiklah,berbalik kepada wing 2A
sebanyak 9 bilik yang ada di sepanjang wing ni termasuklah bilik air
wing kami pendek saja kalau nak dibandingkan dengan wing B dengan C
so,nak kenal dengan budak-budak wing pun agak senang sebab sikit je kot hehe
semua ahli wing agak senang untuk bergaul la kan sebab mereka semua sempoi
tapi ada juga yang jarang la nak sembang sembang
maybe mereka busy kot,tak apa la kan

semua dalam bilik ini minat bola la kan
semua manchester united tapi ada sorang pulak spoil
budak ni je sorang liverpool
budak tu namanya abang mun
dia tak habis habis nak debate dengan lagi tiga orang manutd fans
dah la liverpool loser,tangan kosong tiap2 season
tapi kitorg malas nak layan la kan
dah loser buat apa nak lawan
nanti dia dah tak ada point dia senyap la tu kan

lagi satu aktiviti yang kitorang suka buat adalah main PES
PES ataupun pro evolution soccer adalah salah satu hobi kami
memang la seronok kan main ramai2 tapi yang menjadi mangsa ialah notebook saya haha
tapi tak mengapa la sebab kami nak buat apa lagi kan haha
yang seronok nya lagi sebab kami ada lcd screen yang memuaskan hati ketika bermain PES
gomo ataupun shahradzi selalu la menang dengan shahrizal iaitu tokin
walaupun begitu tokin tetap juara dunia
dalam hal ini saya pun tidak berapa nak faham la heh
selain kami ada lagi sorang budak ni yang kerap juga datang kat bilik ni sebab nak main PES
nama nya poster,dia hanya menggunakan team chelsea sahaja

saya rasa sampai sini jela kot
nak tido laa,esok kelas pukul 8 haha
nanti saya sambung lagi ok :)




1 comment: