
motif aku kali ini ialah untuk mempersoalkan kewujudan rakan muda ini.bukan nak kutuk tapi nak puji.memang bagus program ini dibuat.boleh la budak2 remaja yang selalu membosankan diri tuh join.dapat lah ilmu.hampir tiap2 hari aku usha iklan rakan muda ni kat tv.da bosan pon ade.iklan punya la skem.laen kali buat la rock2 sket,baru la tarik perhatian ramai budak remaja.btol kan.sape setuju ngan aku ni sila bukak due lubang hidung.tengok,semua setuju.cadangan aku memang bernas2 belaka.patut aku jd bos syarikat bernas je.selain memberikan ilmu kepada budak2 muda,tujuan utama program ini ialah untuk menambah rakan2.tu psal namanya rakan muda,bukan ilmu muda.tetapi persoalanye sekarang ini,kenapa muda je?orang tua macam mane?adakah mereka tidak perlukan rakan a.k.a. kawan a.k.a. friends a.k.a. sahabat? jikalau anda menjawab mereka memang tidak perlukan rakan kerana mereka nak mampos,itu adalah jawapan yang salah.sungguh biadap jawapan anda itu.orang2 tua ni lah mereka yang amat lagi memerlukan rakan2 daripada kaum muda.kenapa?kerana,kebanyakan org muda2 ini menyertai rakan muda,masa mereka untuk melayan orang tua semakin singkat dan ini akan membuatkan orang tua itu terlalu bosan kerana tiada siapa boleh diajak bersembang.di sinilah mereka memerlukan rakan sebaya.oleh itu,program rakan tua perlulah diwujudkan bagi memeriahkan lagi kehidupan orang2 tua ini disamping mereka boleh berkongsi ilmu semasa.
sekian dari saya.
No comments:
Post a Comment