Monday, October 12, 2009

The Mistery Of 'O'

sekali lagi kite bertemu dalam rancangan pembongkaran misteri bersama saya hos anda, Wan To Tree.ya,pada masa ini saya akan membongkarkan satu misteri yang sudah biase kite dengar iaitu "O".msti anda tidak faham bukan.saya punya kawan punya sedare punya jiran punya anak punya nenek punya anak saudara pon tidak mengerti jua apabila saya menanya tentang perkara ini."O" disini bukanlah nombor kosong tetapi huruf O.kalo kita pergi mane2 kedai makan dekat malaysia ni,then tengok menu mesti ade air Teh O,Milo O,Nescafe O,Carrot Susu O dan ABC O."O"di sini mewakili tiada susu di dalam minuman dan ia akan digantikan dengan gula.tetapi kenapa mesti guna huruf "O"?kenapa tidak guna huruf TS yang mewakili tiada susu?siapakah orang pertama yang menggunakan gelaran "O" ini kepada minuman-minuman di seluruh malaysia ini dan kenapa ia perlu diwujudkan?iya,pasti anda sedang tertanya-tanya bukan.perkara yang dianggap biase di dalam kehidupan seharian ini rupenya suatu misteri yang tidak mempunyai sejarah yang begitu jelas.para-para sejarawan juga tidak tahu mengenai kewujudan huruf "O" ini.kewujudan huruf "O" di hujung name air ini menjadi lebih misteri daripada kewujudan firaun nefertiti kerana tiada satu pun batu bersurat yang menceritakan tentang kewujudan penggunaan huruf"O" di kebanyakan name air.oleh itu,yang misteri tetap misteri.yang tidak misteri tetap tidak misteri.ape2 pon,dengarlah lagu2 dari Mystery Jets.

No comments:

Post a Comment