Monday, October 12, 2009

The Nose Digger

KOREK HIDUNG.bile dengar je perkataan tuh,mesti
korg trus korek idung korg kan.btol kan.jangan nak tipu aku lah.aku kenal la manusia ni cmner.aksi korek hidung ini memanglah perbuatan yang kurang sopan apabila dilakukan di khalayak ramai seperti di supermarket,tengah padang,majlis kahwin dan seumpamanya.tetapi ketika berada di tempat2 tesebutlah nafsu kite untuk mengorek idung ni kuat.aksi ni x elok buat open so kena la gune sebelah lagi tangan cover.x pon pegi tandas dan lepaslah geram kat hidung hangpa tuh.bile je masukkan jari dlm hidung.wah,rasa puas,lega,masyuk,hebat dan macam2 lagi la.kadang2 bile rasa gatal kt hidung pon,jari jemari kite ngan kuasa automatiknye masuk ke dalam lubang hidung yang gelap bagaikan sebuah gua berkembar.ade jugak orang kate mengorek emas.ye la,purpose jari kite dimasukkan ke dalam lubang hidung tuh ialah supaya dapat mengeluarkan butir2 tahi hidung yang berwarna kuning keemasan.tapi kelemahan benda ini,ia tidak bernilai seperti emas yang dikorek di lombong emas.kenapa kita korek hidung?salah satu reasonnye,kite ingin membaiki saluran pernafasan kite yang telah tersumbat oleh kerana tahi hidung yang banyak.ade juga orang mengatakan bahawa perbuatan mengorek hidung ini sudah menjadi habit.contohnya apabila bangun tiap2 pagi,die akan memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang hidung dan memulakan kerja2 pembersihan gua.
kesemua jari tangan boleh digunakan untuk mengorek hidung tapi yang major ialah jari telunjuk ngan kelingking.ibu jari x tau la plak.aku x pnah cube,tapi msti x muat kan.tetapi persoalanye sekarang,kenapa kite tidak mencuba menggunakan jari kaki untuk melakukan perkara ini?senang sahaja jawapannye.pertama,jarak antara hidung kita dan kaki amatlah jauh.so susah untuk memasukkan jari kaki ke dalam hidung kecuali bagi ahli gimnastik yang pandai melentik badan.second,kaki biasenye lebih kotor dari tangan.da pijak2 lantai,rumput dan lain2, x kanlah nak masuk dlm hidung.motif utama korek hidung ni untuk membersihkannye bukan untuk mengotorkannye.yang ketiga,kaki selalu berbau busuk.apabila angkat je kaki mendekati hidung,bau-bau yang kurang menyenangkan akan didetect oleh deria bau dan seterusnya anda jatuh pengsan.reason yang terakhir,memang sangat sungguh tidak sopan langsung menujukan kaki ke arah muka anda.

bagi mereka yang tangannye sakit2 dan susah untuk diangkat,mereka boleh menyuruh orang lain untuk membersihkan saliran pernafasan mereka.namun orang yang menolong itu tidak akan menggunakan jari tetapi akan menggunakan cotton bud untuk melakukan kerja2 pembersihan dan seterusnya meminta bayaran sebanyak RM1 bagi setiap 0.01g tahi hidung yang dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment